SIBU: Bintang golf veteran Ben Leong jelas berada pada kelas tersendiri apabila merangkul Piala Fortuner di Sarawak hari ini dengan jurang empat pukulan untuk kejuaraan sulungnya pada Jelajah Toyota. Ben, yang mendahului dua hari pertama, cemerlang meraih lima birdie untuk lima bawah par tanpa bogey 65 dan mengakhiri saingan dengan jumlah pukulan keseluruhan 16 bawah par 194. Ia membolehkan pemain berusia 38 tahun itu mengatasi dua pencabar terdekatnya iaitu Daeng Abdul Rahman Abdul Aziz dan Edven Ying dengan empat pukulan. Daeng dan Edven masing-masing membidik markah seiras 66 untuk berkongsi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya