STUTTGART: Biarpun terikat tanpa jaringan, Belgium mengesahkan tempatnya ke pusingan 16 terakhir Euro 2024 untuk bertemu dengan Perancis. Pada aksi terbabit, skuad kendalian Domenico Tedesco menguasai pada awal permainan, namun Ukraine lebih banyak percubaan pada separuh masa pertama. Penyerangnya, Romelu Lukaku turut mempunyai peluang namun percubaannya amat lemah susulan mudah dibaca oleh penjaga gol Ukraine, Antoliy Trubin. Permainan semakin rancak pada 20 minit terakhir permainan apabila Yannick Carrasco hampir membawa Belgium mendahului perlawanan namun dinafikan oleh Trubin. Keputusan seri Belgium memastikan Romania muncul sebagai juara Kumpulan E selepas turut seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya