Austria malukan Belanda, mara sebagai juara Kumpulan D

Austria malukan Belanda, mara sebagai juara Kumpulan D

PEMAIN-Pemain Austria meraikan kejayaan mereka menundukkan Belanda 3-2 pada aksi Euro 2024 di Olympiastadion, Berlin awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kekalahan mengejut Belanda ke atas Austria tidak menjejaskan kemaraan mereka ke peringkat kalah mati Euro 2024.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak boleh diterima pengendali Belanda, Ronald Koeman yang mengkritik pasukannya susulan persembahan buruk ketika kalah 3-2 di tangan Austria pada aksi Euro 2024 awal pagi tadi menyebabkan mereka menghuni tangga ketiga Kumpulan D.

Kemenangan itu membolehkan Austria menjadi juara kumpulan di depan Perancis tetapi Belanda sudah terjamin layak ke pusingan 16 terakhir sebagai satu daripada empat pasukan tangga ketiga terbaik sekalipun kecundang di Berlin.

Belanda menundukkan Poland dalam aksi pertama mereka sebelum keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan pilihan kejohanan Perancis, namun beraksi hambar di ibu negara Jerman menentang pasukan kendalian Ralf Rangnick.

“Perlawanan dengan Perancis agak bagus, mengambil kira keputusannya, kami bertindak lebih baik sebagai satu pasukan tetapi persembahan hari ini teruk.

“Orang bermain teruk dalam aspek tertentu… kami perlu memantau lawan kami dan ia tidak berlaku,” kata Koeman.

Sementara itu, Ralf Rangnick berkata ia sesuatu yang “luar biasa” buat pasukannya untuk menjuarai kumpulan mereka pada Euro 2024 di depan Perancis dan Belanda.

“Kami memulakan kejohanan dengan kekalahan 1-0 menerusi gol sendiri menentang Perancis dan jika anda tahu tekanan yang kami hadapi menentang Poland (menang 3-1) apabila kami sedar kami mesti menang untuk mempunyai peluang realistik layak, maka untuk berakhir di tangga pertama kumpulan sesuatu yang luar biasa,” ujarnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN