AS ada bukti Korea Utara bekal senjata ke Russia

AS ada bukti Korea Utara bekal senjata ke Russia

KIM Jong-un mahu menjalin hubungan lebih erat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin bagi membina negara yang berkuasa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Washington dan sekutunya mencabar Korea Utara di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung dakwaan Pyongyang melanggar langkah kawalan senjata dengan membekalkan senjata kepada Russia untuk digunakan dalam perang di Ukraine. 

Timbalan Utusan Washington ke PBB, Robert Wood mengecam ‘pemindahan senjata yang menyalahi undang-undang (Korea Utara) ke Russia, ketika kedua-dua pihak menjalin hubungan yang semakin erat. 

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya pemindahan yang menyalahi undang-undang itu, yang menyumbang dengan ketara keupayaan Russia melancarkan perang terhadap Ukraine,” katanya menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai isu itu. 

Wood berkata, bekalan senjata dan peluru oleh Korea Utara melanggar resolusi Majlis Keselamatan mengenai isu itu sejak dari 2006, 2009 dan 2016. 

Pengarah Eksekutif di Conflict Armament Research (CAR), Jonah Leff yang menjejaki penggunaan senjata dalam peperangan memberitahu Majlis Keselamatan CAR, pihaknya menemui bukti penggunaan peluru berpandu balistik Korea Utara di Ukraine. 

“Pasukan penyiasat lapangan CAR mendokumentasikan sisa peluru berpandu balistik yang melanda Kharkiv secara fizikal, 2 Januari lalu. 

“Penyiasat membuat kesimpulan ia adalah buatan Korea Utara berdasarkan beberapa ciri unik,” katanya. 

Leff berkata, peluru berpandu yang serupa juga menyerang Kyiv dan Zaporizhzhia, awal tahun ini. 

Duta Besar Russia ke PBB, Vasily Nebenzya menafikan Moscow berusaha melemahkan sekatan dan menentang kehadiran Ukraine serta Kesatuan Eropah pada mesyuarat itu. 

Hubungan antara Moscow dan Pyongyang berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baru-baru ini, Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menerima kunjungan rasmi Presiden Russia, Vladimir Putin ke negara itu. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya