Artis lelaki angkuh, tidak peduli kejiranan - Utusan Malaysia

Artis lelaki angkuh, tidak peduli kejiranan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUANYA gara-gara kucing. Ya, kucing! Hendak dijadikan cerita, ada seorang artis lelaki ini memang memelihara kucing di kediamannya.

Tidaklah banyak sangat, tetapi ada beberapa ekor. Maklum sahajalah dia pun memang pencinta kucing.

Cik Bunga difahamkan, artis lelaki itu pun duduk di kawasan perumahan jenis landed. Jadi, menggunakan daya kreativiti dan ruang yang ada, dia telah membina sebuah pondok kecil untuk menempatkan kucing-kucingnya di luar rumah.

Namun apa yang tidak sedap didengar, jirannya mengadu yang atap pondok kucing milik artis itu sering melimpahkan air terutama ketika waktu hujan sehingga menyebabkan kawasan rumahnya pula jadi tempat takungan air.

Bukanlah hendak cari gaduh, tetapi jiran artis tersebut yang tentunya tidak selesa dengan keadaan itu telah beberapa kali memaklumkan masalah itu kepada si artis.

Namun, setiap kali dia berdepan dengannya, penyanyi tersebut tetap buat tidak tahu, ketegaq orang utara kata.

Tiada langsung berusaha untuk baiki pondok kucing itu atau sekurang-kurangnya meminta maaf dengan jiran tersebut. Individu terbabit pun sudah buat laporan kepada pihak pengurusan perumahan, tetapi tidak tahu apa tindakan lanjut yang diambil.

Tetapi, apabila Cik Bunga dengar perkara seperti ini, satu halnya, Cik Bunga tidak sangka artis lelaki tersebut berperangai begitu.

Selama ini, nampak macam seorang yang peramah. Malah, dia juga ada sisi humor. Jadi, susah untuk Cik Bunga percaya yang dia ini seorang yang angkuh dan tidak pandai hidup berjiran.

Kalau macam itu, tidak payah duduk berjiran. Cari rumah yang jauh sikit tidak kacau orang. Hendak bina istana kucing pun tiada siapa hendak marah asal pandai jaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya