Arab Saudi sediakan 27,000 bas untuk jemaah haji

Arab Saudi sediakan 27,000 bas untuk jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Arab Saudi mengesahkan lebih 27,000 bas ditetapkan untuk membawa jemaah haji di sekitar tanah suci semasa musim haji tahun ini.

Lapor Arab News, pihak berkuasa memaklumkan lebih 3,500 bas akan membawa jemaah dari dan ke Masjidil Haram melalui 16 laluan dengan 11 hentian dan stesen.

Pihak berkuasa juga memperuntukkan 355 bas untuk pengangkutan di seluruh Mekah dan 27 bas di Madinah.

Penumpang diminta untuk mematuhi peraturan untuk mengekalkan persekitaran perjalanan yang selesa, termasuk tidak merokok atau makan di kawasan yang tidak ditetapkan atau melakukan perbualan telefon dengan nada kuat semasa menaiki bas yang boleh mengganggu orang lain.

Pihak berkuasa juga akan memberi pampasan kepada penumpang apabila bas terlewat lebih sejam pada perjalanan yang mengambil masa lebih tiga jam.

Apabila keadaan itu berlaku, penumpang akan ditawarkan makanan dan minuman percuma, selain menerima maklumat tentang cara membuat aduan dan pertanyaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya