TABUK: Arab Saudi menyambut Hari Unta Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Sabtu, lapor Arab News.
Acara yang disambut pada setiap 22 Jun setiap tahun itu memfokuskan kepada aktiviti sejarah mengenai haiwan itu, aspek penjagaan dan perubatan, pemakanan selamat, produk unta dan meningkatkan kesedaran awam.
Arab Saudi mengisytiharkan 2024 sebagai Tahun Unta sebagai penghargaan terhadap warisan kebudayaan dan identiti kebudayaan,sejarah dan ketamadunan.
Wilayah Tabuk mengambil bahagian dalam menjaga dan memulihara unta.
Wilayah ini terkenal dengan penganjuran perlumbaan unta bermusim dengan mempunyai trek sejauh lapan kilometer dan perayaan rasmi haiwan itu.
Unta adalah antara simbol warisan terpenting Kerajaan Arab Saudi dengan memberikan perhatian dan penjagaan haiwan serta mendedikasikan sumber untuk pemuliharaannya.