Arab Saudi berkas lapan individu bawa jemaah tiada permit haji - Utusan Malaysia

Arab Saudi berkas lapan individu bawa jemaah tiada permit haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Dalam Negeri memaklumkan Pasukan Keselamatan Haji menahan lapan individu di laluan masuk Mekah kerana didapati membawa 28 orang yang tidak memiliki permit Haji.

Suspek terdiri daripada tiga warga asing dan lima warga Arab Saudi ditahan kerana melanggar peraturan ibadah Haji selepas membawa individu yang gagal memiliki permit menunaikan haji, lapor Arab News.

Kesemua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selama 15 hari dan membayar denda sebanyak 10,000 riyal (RM12,500) bagi setiap individu yang melanggar peraturan itu.

Pesalah bukan warga Saudi akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara.

Pihak berkuasa juga menyita tiga kenderaan yang digunakan untuk membawa pesalah.

Pihak kementerian menyeru semua rakyat dan ekspatriat supaya mematuhi peraturan dan arahan haji supaya jemaah haji menikmati masa yang selamat, terjamin dan selesa menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya