Apabila klasik bertemu moden

Apabila klasik bertemu moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tatariasnya kemas. Susun aturnya pula mewah. Pendek kata, tidak jemu memandang kediaman yang satu ini.

Bermula dari ruang tamu hinggalah ke kamar mandi, semuanya dihias sempurna bagaikan sebuah singgahsana mewah.

Menariknya, dalam kemewahan nan indah itu, terselit dua elemen yang digabung menjadi satu. Elemen klasik dan moden.

Kedua-dua elemen itu bersatu dengan sempurna di setiap sudut di kediaman milik pegawai undang-undang, Jaslina Tanzil.

Wanita berusia 37 tahun ini bijak menggabungkan perabot berasaskan rotan dan barangan berunsurkan marmar untuk menghidupkan kedua-dua elemen yang berbeza itu.

Katanya, konsep kediaman dua tingkat itu adalah berdasarkan gabungan neutral, klasik dan sedikit sentuhan moden.

“Kami memilih konsep ini agar ia tidak lapuk dek zaman atau malar segar selain mengikut trend semasa.

“Untuk konsep klasik, kami menitikberatkan pemilihan perabot kayu, rotan dan barangan perhiasan vintaj.

“Bagi konsep moden pula, kami menggunakan barangan yang berunsurkan marmar dan berona emas,” katanya kepada Seri baru-baru ini.

Katanya, konsep neutral klasik moden itu memberi kelebihan kepada pemilik kerana tidak perlu membuat olahan yang banyak saban tahun.

Kediaman kekal tampak segar sepanjang masa.

Jaslina turut memberi perhatian pada padanan warna yang senada agar mahligai dua tingkat yang menjadi syurga buat dirinya dan suami,

Akhmal Khan Abu itu tampil mewah dan ekslusif.

Keseluruhan rumah adalah berasaskan warna lembut, beige dan tona neutral.

Diikuti langsir, dinding dan beberapa aksesori tambahan yang menggunakan rona sama.

“Padanan warna adalah lebih kepada pelbagai jenis warna kayu, beige atau neutral dan sedikit campuran warna-warni di tingkat atas untuk menaikkan seri,” katanya.

Untuk inspirasi, Jaslina banyak merujuk pada laman Pinterest, Instagram ighomers dalam dan luar negara di samping majalah-majalah dekorasi dan Youtube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya