Anies Baswedan umum bertanding Pilihan Raya Gabenor Jakarta - Utusan Malaysia

Anies Baswedan umum bertanding Pilihan Raya Gabenor Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Calon Presiden Indonesia yang tewas, Anies Baswedan mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta pada November depan. 

Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi sama ada anggota politik pembangkang itu akan cuba merebut jawatan itu kembali, lapor Kompas.com.  

Baswedan yang berkhidmat sebagai Gabenor Jakarta dari 2017 hingga 2022 tewas dalam Pilihan Raya Presiden pada Februari lalu, kepada pencabarnya, Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto. 

Jumaat lalu, bekas Menteri Pendidikan Indonesia itu berkata, beliau akan bertanding sekali lagi di Jakarta, disokong oleh Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). 

Baswedan merupakan tokoh popular di bandar tersebut yang mempunyai lebih 10 juta penduduk. 

Dalam saingan pilihan raya itu, Baswedan mungkin berdepan bekas Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya