TEL AVIV: Bekas Presiden Mahkamah Agung Israel, Aharon Barak meletakkan jawatan sebagai hakim ad hoc di panel Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Peletakan jawatan itu ketika mahkamah itu sedang mempertimbangkan dakwaan genosid yang difailkan berkaitan dengan serangan Israel di Gaza, lapor Reuters.
Surat peletakan jawatan bertarikh 4 Jun yang disiarkan semula oleh media Israel memaklumkan Barak yang berusia 87 tahun menyatakan alasan peribadi dan keluarga sebagai sebab pengunduran dirinya.
Menurut peraturan ICJ, sebuah negara yang tidak mempunyai hakim kebangsaan di bangku simpanan boleh memilih seorang hakim ad hoc untuk duduk dalam kes mereka.
Sehingga kini, belum jelas siapakah yang akan dilantik oleh Israel untuk menggantikan Barak.