9,500 jutawan UK bakal berhijrah ke UAE

9,500 jutawan UK bakal berhijrah ke UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: United Kingdom (UK) bakal menyaksikan peningkatan bilangan jutawan meninggalkan negara itu dise­babkan masalah ketidakstabilan politik dan kemungkinan kadar cukai yang lebih tinggi jika parti Buruh memenangi pilihan raya.

Dianggarkan 9,500 hartawan dengan memiliki aset cair sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM4.7 juta) dijangka meninggalkan UK, dan rata-rata mereka memilih berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berdasarkan laporan oleh penasihat migrasi, Henley & Partners, jumlah itu adalah lebih dua kali ganda berban­ding jumlah yang meninggalkan negara itu pada 2023.

“Sejumlah 9,500 jutawan dijangka meninggalkan negara itu pada tahun ini, Ia adalah angka kedua tertinggi di dunia selepas China, dan lebih dua kali ganda iaitu seramai 4,200 yang meninggalkan UK tahun lalu.

“Pada 2022, angka yang direkodkan melakukan penghijrahan adalah seramai 1,600 individu berpendapatan tinggi,” katanya.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, UAE dijangka menarik paling ramai migran kaya, dengan rekod 6,700 dijangka berpindah menjelang akhir tahun ini, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh aliran masuk yang besar dari UK dan Eropah.

Dengan cukai pendapatan sifar, visa emas, gaya hidup mewah, dan lokasi strategik, UAE berjaya mengukuhkan nama sebagai destinasi nombor satu dunia untuk jutawan yang berhijrah dan dijangka menyambut kemasukan bersih seramai 6,700 orang pada tahun ini sahaja.

Dengan aliran masuk yang konsisten tinggi dari India, rantau Asia Barat yang lebih luas, Rusia, dan Afrika, jangkaan aliran masuk yang lebih besar dari Britain dan Eropah akan menjadikan Emiriah menarik hampir dua kali ganda lebih ramai jutawan berban ding pesaing terdekatnya, Amerika Syarikat (AS).

AS dijangka mendapat manfaat daripada kemasukan bersih seramai 3,800 jutawan pada tahun ini, menurut kenya­taan firma itu.

FAKTOR CUKAI

Pengarah Badan Pemikir, Dr. Hannah White berkata, penghijrahan golongan jutawan didorong oleh faktor kekacauan ekonomi dan politik dan ia berisiko dipercepatkan oleh keputusan penggubal dasar menjelang pilihan raya kelak.

“Selain duti 40 peratus yang sudah dikenakan ke atas harta warisan melebihi 325,000 pound (RM1.95 juta), kerajaan Konservatif telah menerima dasar pembangkang parti Buruh untuk menamatkan rejim cukai non-dom (non-domicile) UK mulai 2025.

“Bagi mereka yang menghantar anak-anak di sekolah swasta ternama di UK, komitmen parti Buruh adalah untuk menghapuskan pengecualian daripada 20 peratus VAT (cukai nilai tambah) adalah satu perkembangan yang tidak diingini,” kata Pengarah dan CEO untuk Institut Kerajaan.

Laporan ini berdasarkan data daripada 150,000 individu bernilai tinggi (HNWIs) yang dijejaki oleh firma pelaburan New World Wealth.

Firma ini hanya termasuk mereka yang menghabiskan lebih separuh tahun di negara baharu mereka, terutamanya pengasas syarikat, pengerusi, presiden, pengarah, dan rakan pengurusan.

Penghijrahan berterusan jutawan dari UK, dengan rekod seramai 16,500 orang meninggalkan negara itu dari 2017 hingga 2023 adalah sebahagian daripada trend yang lebih luas mengenai peningkatan migrasi kekayaan global.

Menurut laporan Henley Private Wealth Migration, seramai 128,000 jutawan dijangka berpindah tahun ini, melebihi rekod tahun lalu sebanyak 8,000 orang.

“Ketika dunia bergelut de­ngan ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi dan kekacauan sosial, jutawan memilih untuk berhijrah ke negara lain,” kata Dominic Volek, ketua klien swasta di Henley & Partners, dalam kenyataan akhbar.

Ketua Klien Swasta di Henley & Partners, Dominic Volek berkata, selepas UK dan China, Korea Selatan juga mengikuti trend itu yang dijangka menyaksikan peningkatan dengan kehilangan 1,200 jutawan (berbanding 800 pada 2023).

Sementara itu, India, menurut laporan itu, berada di kedudukan ketiga selepas UK dengan hanya 4,300 jutawan dijangka meninggalkan negara itu pada 2024 (berbanding 5,100 tahun lepas).
Russia akan melihat lebih sedikit jutawan meninggalkan negara itu, tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, dengan hanya 1,000 dijangka berpindah ke negara lain (berbanding 8,500 pada 2022 dan 2,800 pada 2023). – CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN