54 maut minum arak beracun di India - Utusan Malaysia

54 maut minum arak beracun di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Jumlah kematian akibat minum arak beracun meningkat kepada 54 orang dan puluhan yang lain masih ditahan di hospital di selatan India, Tamil Nadu. 

Daripada jumlah itu, 48 adalah mangsa lelaki dan enam wanita yang maut akibat mengambil minuman keras yang tercemar. 

Hampir 200 mangsa menerima rawatan sejak Rabu lalu, di daerah Kallakurichi, dan lebih 100 orang ditahan di beberapa hospital berasingan dengan gejala muntah, sakit perut dan cirit-birit.

Orang ramai kerap membeli alkohol haram kerana segelintir yang mampu membeli minuman keras berjenama sering mengundang tragedi besar yang lain.  

Sesetengah penjual akan menambah metanol bagi meningkatkan potensi minuman mereka. 

Sedangkan, metanol adalah bahan kimia yang sangat toksik yang digunakan untuk tujuan industri yang boleh menyebabkan buta, kerosakan hati atau kematian walaupun dalam kuantiti yang kecil. 

Pegawai Kanan daerah itu, MS Prasanth berkata, seramai tujuh suspek diberkas oleh pihak berkuasa dan 200 liter arak yang dihasilkan secara haram turut dirampas. 

Kerajaan Tamil Nadu berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan tatatertib terhadap 10 pegawai yang bertanggungjawab menguruskan alkohol haram dan gagal menghalang kejadian itu. 

Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin mengumumkan keluarga mangsa dan individu yang dimasukkan ke hospital akan menerima pampasan kewangan daripada pihak kerajaan.

Beliau turut memerintahkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi menyiasat kejadian itu. 

Kesemua mangsa yang meninggal dunia dibakar dalam satu upacara. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya