490 petugas perubatan maut di Gaza - Utusan Malaysia

490 petugas perubatan maut di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seramai 490 petugas perubatan terbunuh sejak tentera Israel melancarkan serangan bertali arus di Gaza sejak 7 Oktober lalu.  

Malah, Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan seramai 55 doktor pakar terbunuh termasuk saudara-mara dan rakan sekerja mereka. 

Daripada jumlah itu, seramai 23 doktor lain terbunuh ketika mereka tidak bertugas. 

Jumlah selebihnya tidak dapat dikenal pasti mengenai lokasi mereka meninggal dunia.

Hospital di Gaza pernah menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti rawatan melecur, diagnosis kanser dan rawatan buah pinggang, kata Menteri Kesihatan pertama di Gaza kepada Reuters.

Gaza mengalami kerugian yang amat ketara kerana sebelum serangan tercetus, wilayah itu mempunyai tiga pakar buah pinggang. 

Namun kini, seorang daripadanya terbunuh dan seorang lagi pakar melarikan diri ke luar negara. 

Hamas menegaskan Israel mempunyai matlamat untuk melumpuhkan sistem kesihatannya. 

Dengan setiap pakar perubatan terbunuh, Gaza kehilangan rangkaian pengetahuan dan perkhidmatan yang ditanggung oleh 35 hospital di wilayah itu sejak 7 Oktober lalu. 

Pembunuhan petugas perubatan walaupun hanya melibatkan seorang doktor boleh melumpuhkan perkhidmatan kesihatan ketika jumlah pakar yang semakin berkurangan. 

Doktor Pakar seperti Dr. Sireen Al-Attar, 39, adalah sebahagian daripada usaha strategik Hamas untuk menyediakan pakar dalam sistem kesihatan mandiri di Gaza. 

Beliau adalah pelopor yang membantu meningkatkan kesihatan awam berkembang pesat untuk penduduk Gaza sebelum serangan rejim Zionis. 

Wanita itu maut akibat rumah yang didiami dibom oleh tentera Israel sekaligus menjejaskan perkhidmatan kesihatan di wilayah bergolak itu. 

BILANGAN PAKAR BERTAMBAH 

Tiada mekanisme bebas untuk mengesahkan data kerajaan yang dikendalikan oleh Hamas, yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti data kerajaan dari negara lain. 

Bagi mengesahkan bilangan doktor pakar yang terbunuh dan menilai kesan kematian mereka, Reuters menemubual 10 doktor Palestin di Gaza atau berada di luar negara, 14 doktor asing yang membantu melatih pakar dan 10 saudara dan rakan mereka. 

Apabila Hamas menguasai Gaza pada 2022 dan bilangan penduduk melonjak sebanyak 49 peratus kepada 2.2 juta, data Kementerian Kesihatan Gaza menunjukkan bilangan pengamal perubatan meningkat lebih dua kali ganda kepada 1,913 serta doktor pakar seramai 1,565. 

Bilangan itu dibantu oleh kemasukan sokongan asing termasuk doktor dari Israel. 

Sebanyak AS$2 bilion (RM9.3 bilion) diperuntukkan bagi sektor penjagaan kesihatan di Gaza ketika itu oleh Kementerian Kesihatan Gaza dan agensi bantuan PBB. 

SEKTOR KESIHATAN PERNAH MAJU 

Perkhidmatan kesihatan di Gaza dibelenggu kesukaran semasa beroperasi di bawah sekatan Israel selepas Hamas merampas kawalan pada 2007.  

Perkhidmatan kesihatan di wilayah itu pernah mencapai kemajuan hasil pelaburan dan sokongan strategik dari negara luar. 

Data daripada Kementerian Kesihatan Gaza menunjukkan kadar kematian melibatkan golongan ibu yang mengandung menurun kepada 17.4 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran pada 2022. 

Berbanding pada 2010, jumlah kematian adalah melibatkan 23.4 orang di Gaza. 

Data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pada 2020, 41 daripada 100,000 wanita di Jordan meninggal dunia semasa atau selepas bersalin. 

Di Mesir, jumlah itu adalah sebanyak 17 orang dan Israel pula tiga kes. -REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya