41 pesawat tentera China berlegar di wilayah Taiwan

41 pesawat tentera China berlegar di wilayah Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan mengesan 41 pesawat tentera China di sekitar wilayah itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, 32 daripada pesawat itu melintasi garisan pemisah di Selat Taiwan.

Kejadian itu dilaporkan sehari selepas Beijing memberi amaran sesiapa sahaja yang cuba mendapatkan kemerdekaan Taiwan akan berdepan hukuman mati.

China menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan sudah berulang kali menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kekerasan bagi menguasai semula wilayah itu.

Beijing juga meningkatkan tekanan terhadap Taipei sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjalankan latihan simulasi perang di sekitar wilayah berkenaan susulan pelantikan pemimpin baharu Taiwan, Lai Ching-Te.

Pada 25 Mei lalu, Taiwan mengesan 62 pesawat tentera China di sekitar wilayah tersebut dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah keseluruhan tertinggi yang pernah dicatatkan tahun ini. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN