400,000 tunai haji secara haram, majoriti rakyat Mesir

400,000 tunai haji secara haram, majoriti rakyat Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kira-kira 400,000 orang dianggarkan menunaikan ibadah haji tanpa memiliki permit yang sah bagi musim haji kali ini. 

Pegawai Kanan Arab Saudi memaklumkan kebanyakan mereka adalah jemaah dari Mesir.  

“Kebanyakan mereka adalah datang dari sebuah negara,” katanya yang merujuk Mesir kepada AFP.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat turut mengesahkan rakyatnya antara yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji.  

Setiap tahun, puluhan ribu jemaah cuba menyertai Haji melalui saluran yang tidak sah kerana mereka tidak mampu membayar permit rasmi yang mahal. 

Pihak berkuasa Saudi melaporkan pihaknya terpaksa menghalang ratusan jemaah haji yang tidak berdaftar di Mekah bulan ini, namun masih ramai yang meloloskan diri di tanah suci itu. 

Jelasnya, kumpulan itu terdedah dengan cuaca panas kerana tanpa permit rasmi mereka tidak dapat mengakses ruang berhawa dingin yang disediakan untuk 1.8 juta jemaah haji bagi menyejukkan badan. 

Dalam perkembangan lain, angka kematian melibatkan jemaah haji makin meningkat dengan jumlah kes baharu mencecah 1,126 orang. 

Berdasarkan pengiraan AFP, lebih separuh daripada jemaah tidak berdaftar menunaikan ibadah haji dalam suhu panas melampau di Arab Saudi, melibatkan jemaah dari Mesir. 

“Sebanyak 577 kes kematian berlaku ketika dua hari yang sibuk, iaitu pada Sabtu ketika umat Islam berhimpun selama berjam-jam di bawah panas terik matahari di Arafah. 

“Hari Ahad pula, jemaah haji melontar jamrah di Mina. Ketika itu, suhu sangat tinggi sehingga mencecah 51.8 darjah Celcius di Masjidil Haram,” katanya.

Seramai 1.8 juta Jemaah haji direkodkan pada tahun ini, dengan 1.6 juta daripadanya datang dari luar negara. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN