30 maut protes di Kenya - Utusan Malaysia

30 maut protes di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam protes di Kenya minggu ini yang dicetuskan oleh usaha kerajaan untuk menaikkan kadar cukai dengan ketara di negara Afrika Timur itu, menurut Human Rights Watch, hari ini.

Pengarah Human Rights Watch di Afrika, Otsieno Namwaya berkata, pasukan keselamatan Kenya menembak terus ke arah kumpulan penunjuk perasaan pada Selasa lalu, termasuk penunjuk perasaan yang melarikan diri.

“Walaupun tiada pengesahan tentang jumlah sebenar orang yang terbunuh di Nairobi dan bandar-bandar lain, Human Rights Watch mendapati sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh pada hari itu berdasarkan pengakuan saksi, maklumat awam, rekod hospital dan bilik mayat di Nairobi.

“Menembak terus ke arah orang ramai tanpa alasan, termasuk ketika penunjuk perasaan cuba melarikan diri, sama sekali tidak boleh diterima di bawah undang-undang Kenya dan antarabangsa,” katanya.

Selasa lalu, seramai lima penunjuk perasaan maut akibat ditembak mati oleh Polis Kenya ketika protes menentang cadangan pengenalan cukai baharu di negara itu.

Suasana di ibu negara, Nairobi bertukar kacau-bilau apabila orang ramai merempuh sekatan polis sebelum menyerbu masuk Parlimen dan membakar sebahagian daripada bangunan itu.

Bantahan terhadap rang undang-undang (RUU) kewangan yang tidak popular itu termasuk beberapa kenaikan cukai berterusan selama beberapa hari.

Bantahan itu makin meningkat pada Selalu lalu, apabila ahli Parlimen meluluskan RUU yang dipinda.

Penunjuk perasaan memecah masuk bangunan Parlimen, merosakkan bahagian dalam dan membakar kompleks itu.

Semasa menyampaikan ucapan Selasa lalu, Presiden Kenya, William Ruto berkata, segala cara akan digunakan untuk menggagalkan sebarang percubaan jenayah berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara.

Anggota tentera juga dikerah bagi menyuraikan peserta protes.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya