Ziyad rangkul juara dunia ketiga di Kobe

Ziyad rangkul juara dunia ketiga di Kobe

MUHAMMAD Ziyad Zolkefli bergambar bersebelahan papan mata yang tertera catatan rekodnya pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinobatkan selaku juara dunia buat kali ketiga dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, hari ini.

Ziyad menyempurnakan lontaran sejauh 17.43 meter (m) untuknya memenangi pingat emas pada pertandingan yang diadakan di Stadium Kobe Universiade Memorial.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016 itu mengetepikan cabaran wakil Perancis Soane Luka yang meraih perak (15.29m), manakala, Jordi Patricio dari Ecuador pula membawa pulang gangsa (15.80m).

Pencapaian Ziyad itu juga menyaksikan dia memperbaiki rekod Asia miliknya sendiri iaitu 17.29m yang dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Malah, kejayaan yang dilakar Ziyad turut memberi amaran awal kepada pencabar-pencabar terdekatnya bahawa pingat emas Sukan Paralimpik 2024 di Paris mampu berada di dalam genggamannya.

Seorang lagi wakil Malaysia, Mohamad Aliff Mohamad Awi yang bersaing bersama-sama Ziyad menamatkan aksinya di kedudukan ketujuh dengan catatan 13.48m.

Ziyad menerusi hantarannya di media sosial, Instagram melahirkan rasa syukur berjaya memenangi pingat emas ketiga peribadinya pada kejohanan dunia.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiga kali pingat emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia,” katanya yang menyertai kejohanan yang telahpun bermula sejak 17 Mei lalu dan berakhir, esok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya