Zii Jia intai gelaran pertama di laman sendiri

Zii Jia intai gelaran pertama di laman sendiri

LEE Zii Jia meraikan kejayaan mara ke final Malaysia Masters dengan gaya tersendiri selepas menewaskan Ng Ka Long pada aksi separuh akhir di Stadium Axiata Arena hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya menamatkan badi selepas melangkah ke final Malaysia Masters 2024 di laman sendiri selepas menewaskan Ng Ka Long.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Axiata Arena sebentar tadi menyaksikan Zii Jia hanya memerlukan masa 43 minit untuk mengenepikan lawannya dari Hong Kong itu dalam permainan straight set 21-15, 21-17.

Zii Jia berjaya mengatasi Ka Long yang mana dalam misi memburu kejuaraan kedua di Malaysia berikutan memenangi kejohanan berkenaan pada tahun 2017.

Ini merupakan aksi final pertama anak jati Kedah itu di hadapan penonton tanah air sekali gus aksi akhir kedua berturut-turut sejak Terbuka Thailand 2024, minggu lalu.

“Ketika dia (Ka Long) mendahului 17-13, jurulatih kata suruh mengalah pada set kedua untuk memberi laluan fokus kepada set penentuan. Ketika itu, saya kata pada diri untuk mengutip mata dan tengok bagaimana permainan berjalan dan ianya semakin baik apabila saya mengejar mata.

“Ini bukan kali pertama saya ke final berturut-turut. Namun final kali ini sangat bermakna untuk saya kerana bermain di laman sendiri. Ini amat bermakna dan saya tidak sabar permainan esok,” kata Zii Jia selepas aksi separuh akhir Malaysia Masters 2024, sebentar tadi.

Zii Jia bakal mengadakan pertembungan ke atas musuh ketatnya yang mana merupakan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen pada perlawanan petang esok di Axiata Arena.

Bagaimanapun, pemain nombor 10 dunia itu turut mengulas berkenaan tubuh badannya yang mengalami kekejangan selepas aksi separuh akhir menyingkirkan Anders Antonsen semalam.

“Saya tidak mahu beri jangkaan terlalu jauh perlawanan esok. Saya cuma mahu berehat dan kekal tenangkan diri. Saya akan menjaga pemakanan saya serta kekal untuk segarkan diri menjelang aksi akhir esok,” katanya.

Terdahulu, rakyat Malaysia gusar akan perlawanan separuh akhir semalam menentang Antonses berikutan Zii Jia mengalami kekejangan seluruh badan selepas menyingkirkan lawan dari Denmark itu merangkap kawan baiknya di luar gelanggang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya