Yayasan kesihatan terkemuka bergabung atasi masalah global

Yayasan kesihatan terkemuka bergabung atasi masalah global

MASALAH kanak-kanak kekurangan nutrisi akut melanda negara-negara Afrika dan bantuan segera diperlukan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tiga pembiaya kesihatan global terbesar bergabung tenaga buat kali pertama menerusi perkongsian AS$300 juta (RM1.42 juta).

Penggabungan itu bertujuan menangani kesan akibat perubahan iklim, kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit serta rintangan antimikrob. 

Yayasan Novo Nordisk, Wellcome dan Yayasan Bill & Melinda Gates di Denmark mengumumkan perkongsian penyelidikan yang memberi tumpuan mencari penyelesaian mampu milik untuk rakyat di negara berpendapatan rendah dan sederhana. 

Setiap yayasan akan menyumbangkan AS$100 juta (RM474 juta) ke dalam inisiatif berkenaan selama tiga tahun. 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Novo Nordisk, Mads Krogsgaard berkata, matlamat utama adalah untuk memecahkan halangan antara kawasan penyelidikan di kawasan terpencil. 

Sebagai contoh, katanya, Covid-19 menunjukkan obesiti boleh menjadi faktor risiko keterukan beberapa penyakit berjangkit, manakala cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim boleh menyebabkan isu keterjaminan makanan. 

“Ini menyebabkan kanak-kanak yang kurang zat makanan lebih terdedah kepada penyakit yang boleh membawa maut seperti demam campak dan taun.

“Rakan kongsi berkata kemajuan dalam sains pemakanan dan memahami mikrobiom usus membuka pintu untuk memahami lebih lanjut tentang ‘kesan berlebihan dan kekurangan pemakanan terhadap semua aspek kesihatan dan pembangunan’,” katanya lapor Reuters.  

Yayasan Novo Nordisk mempunyai kepentingan dalam mengawal penghasilan ubat keluaran Novo Nordisk.

Ubat penurunan berat badan yang terkenal, Wegovy berjaya membawa masuk berbilion-bilion keuntungan untuk yayasan itu sejak dilancarkan pada 2021.

Rakan kongsi berkata, inisiatif itu penting memandangkan perhatian global yang goyah terhadap kesihatan pasca wabak.

Ketua Eksekutif Wellcome, John-Arne Røttingen, berkata, usahasama itu adalah bagi menangani ‘kegagalan pasaran’ dan menunjukkan komitmen global untuk akses saksama kepada kemajuan perubatan.

“Pembiayaan itu juga akan merangkumi sokongan untuk penyelidik yang berpangkalan di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kami juga mencari rakan kongsi swasta dan dermawan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya