Warga emas 83 tahun dapat PhD - Utusan Malaysia

Warga emas 83 tahun dapat PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang wanita berusia 83 tahun menjadi graduan tertua Universiti Howard selepas menerima Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ketuhanan. 

Marie Fowler berkata, dia tidak menyangka akan berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun.  

“Saya sangat tak sangka akan dapat pergi sejauh ini, kerana mungkin asalnya saya mampu mengikuti pengajian selama satu semester. 

“Lagipun saya tamat belajar di sekolah sejak 1959,” katanya lapor UPI. 

Sebelum ini, warga emas itu memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan dua Ijazah Sarjana dari Maple Springs Baptist Bible College and Seminary. 

Pencapaian itu, kata Fowler, membuktikan umur bukan penghalang bagi sesiapa yang mahu menyambung pengajian.

“Saya tidak pernah merasakan diri terlambat untuk belajar. Saya mahu semua orang sedar, jikalau saya berumur 83 tahun boleh melakukannya, mengapa tidak anda?” soalnya.

Kongsi wanita ini, ibu bapanya adalah sumber inspirasi utama dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian.

“Ibu dan ayah saya dilahirkan pada zaman yang melarang mereka untuk belajar membaca dan menulis. 

“Saya mengajar ayah mengenai cara membaca dan menulis serta menurunkan tandatangan sendiri,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya