WASHINGTON: Calon Presiden dari Parti Republik, Donald Trump menuduh pesaingnya dari Parti Demokrat, Joe Biden menjalankan pemerintahan Gestapo semasa berucap di depan para dermawan di Florida.
Gestapo merujuk kepada polis rahsia semasa zaman Nazi Jerman. Komentar tersebut muncul selepas Trump menghadapi pelbagai pertuduhan di mahkamah yang dikatakan bermotif politik, lapor Reuters.
Pemukiman penderma itu dianjurkan Trump sebagai aktiviti kempen yang dihadiri 400 tetamu.
“Mereka ini menjalankan pentadbiran Gestapo kerana itulah satu-satunya cara mereka ada untuk menang,” kata Trump.
Semasa berucap di Palm Beach, Trump dengan sengaja menyampaikan ucapan yang memalukan parti Demokrat dan memaklumkan pemilihan dirinya dalam Pilihan Raya Presiden berjalan baik.
“Sehingga saya didakwa, saya menghormati jawatan Presiden.
“Sebaik sahaja saya didakwa, ‘sarung tangan perlu ditanggalkan’,” katanya.
Sabtu lalu, pegawai kempen memberitahu penderma mengenai operasi politik Trump berjaya mengumpul dana lebih AS$76 juta (RM360 juta), April lalu.
Trump bersaing untuk mengejar Biden dalam aktiviti pengumpulan dana.
Hujung bulan lalu, Biden mempunyai lebih dua kali ganda daripada jumlah wang diperoleh Trump.