To Lam dilantik sebagai Presiden Vietnam - Utusan Malaysia

To Lam dilantik sebagai Presiden Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Menteri Keselamatan Awam, To Lam dipilih oleh Parlimen Vietnam sebagai Presiden baharu negara itu, hari ini.

Pelantikan itu disahkan oleh Perhimpunan Kebangsaan Vietnam.

Selaras prosedur biasa di negeri itu, penggubal undang-undang mengundi sebulat suara semasa resolusi yang meluluskan pemilihan Lam selepas pengundian rahsia dilakukan.

Lam, 66, dilihat menjadi tokoh penting dalam kempen anti rasuah bagi menghapuskan amalan rasuah yang berleluasa.

Pelantikan Lam selepas pendahulunya meletak jawatan ketika kempen anti-rasuah berterusan yang menggoncang pertubuhan politik dan elit perniagaan negara itu sekaligus mengakibatkan pelbagai perubahan peringkat atasan dalam kerajaan.

Pelantikan itu juga dilihat sebagai batu loncatan untuk Lam merebut jawatan Ketua Parti Komunis di Vietnam. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya