Tiga warga India diberkas, bunuh aktivis Sikh di Kanada

Tiga warga India diberkas, bunuh aktivis Sikh di Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Tiga warga India ditangkap dan didakwa atas kesalahan membunuh seorang pemimpin pemisah Sikh di Kanada, sehingga mencetuskan perbalahan diplomatik besar antara kedua-dua negara. 

Semasa mengumumkan penangkapan kesemua suspek Jumaat lalu, Superintenden Mandeep Mooker berkata, tiga suspek ialah Karan Brar, 22, Kamal Preet Singh, 22 dan Karan Preet Singh, 28. 

Jelasnya, kesemua suspek tinggal di Edmonton, Alberta ketika diberkas oleh pihak berkuasa. 

“Mereka didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama serta konspirasi melakukan pembunuhan. 

“Semua suspek berada di Kanada selama tiga hingga lima tahun,” katanya. 

Pihaknya juga memaklumkan siasatan masih diteruskan termasuk ‘hubung kait dengan Kerajaan India’. 

Jun lalu, Hardeep Singh Nijjar, 45, ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang bertopeng di tempat letak kereta yang sibuk di pinggir bandar Vancouver. 

Perbalahan diplomatik semakin memuncak selepas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mendakwa Kerajaan India berkemungkinan terlibat. 

India pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya