Tiga tentera Israel maut dalam serangan roket Hamas 

Tiga tentera Israel maut dalam serangan roket Hamas 

AHLI keluarga tidak dapat menahan kesedihan terhadap rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel, di Hospital Abu Yousef al-Najjar di Rafah, semalam. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Tiga tentera Israel terbunuh dalam serangan roket yang didakwa dilakukan oleh sayap bersenjata Hamas, berhampiran bandar Rafah di selatan Gaza.

Pegawai Kesihatan Palestin berkata, serangan balas Israel pula menyebabkan  sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh, semalam.

Sayap bersenjata Hamas mengaku bertanggungjawab atas serangan di persimpangan Kerem Shalom ke Gaza yang dikatakan Israel membunuh tiga askarnya.

Tentera Israel berkata, 10 peluru dilancarkan dari Rafah di selatan Gaza menuju ke kawasan persimpangan itu yang dikatakan kini ditutup untuk membantu trak masuk ke kawasan pinggir pantai.

Bagaimanapun, lintasan lain masih dibuka.

Sayap bersenjata Hamas berkata, ia menembak roket ke pangkalan tentera Israel di tepi persimpangan, tetapi tidak mengesahkan dari mana ia menembak mereka. 

Media Hamas memetik sumber yang rapat dengan kumpulan itu sebagai berkata, lintasan komersial bukan sasaran kumpulan berkenaan.

Lebih sejuta rakyat Palestin berlindung di Rafah, berhampiran sempadan Mesir.

Sejurus selepas serangan Hamas, serangan udara Israel mengenai sebuah rumah di Rafah membunuh tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain, kata pegawai perubatan Palestin.

Tentera Israel mengesahkan serangan balas itu berkata, serangan mereka berjaya mengenai pelancar dari mana peluru Hamas dilepaskan, serta struktur tentera berdekatan.

“Pelancaran yang dilakukan oleh Hamas bersebelahan dengan Lintasan Rafah adalah contoh jelas eksploitasi sistematik kumpulan berkenaan terhadap kemudahan dan ruang kemanusiaan serta penggunaan berterusan mereka terhadap penduduk awam Gaza sebagai perisai manusia,” kata tentera Israel.

Hamas bagaimanapun menafikan ia menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Sejurus sebelum tengah malam, serangan udara Israel membunuh sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang bayi, di sebuah rumah lain di Rafah, kata pegawai kesihatan Gaza. 

Mereka berkata serangan baharu itu meningkatkan angka kematian sehingga semalam kepada sekurang-kurangnya 19 orang.

Israel berikrar untuk memasuki selatan Gaza dan menghalau keluar pasukan Hamas di sana, tetapi menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk menahan tembakan kerana operasi itu boleh menggagalkan usaha kemanusiaan yang rapuh di Gaza dan membahayakan lebih banyak nyawa. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya