PETALING JAYA: Kepincangan jentera serangan Harimau Malaya dilihat ‘kritikal’ apabila beberapa pemain yang dipanggil bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menghadapi masalah kecederaan. Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan, Hasnizam Uzir berkata, beliau tidak melihat perkara tersebut sebagai isu besar kerana bola sepak merupakan permainan berpasukan dengan semua pemain berpeluang menjaringkan gol. Katanya, jaringan tidak semestinya hadir menerusi sentuhan penyerang tetapi pemain tengah dan pertahanan juga boleh membantu pasukan untuk merobek gawang lawan malah ia sudah pun dibuktikan sebelum ini. “Memang kita menghadapi kepayahan kerana tiada penyerang tetapi bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya