Thailand tewaskan Malaysia, destinasi popular di Asia Tenggara

Thailand tewaskan Malaysia, jadi destinasi paling popular di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand dinobatkan sebagai destinasi paling popular di Asia Tenggara pada suku pertama tahun ini, sekaligus merampas takhta dari Malaysia yang memegang gelaran itu, tahun lalu. 

Sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu, Thailand menerima kehadiran 9.37 juta pelancong asing. 

Negara ekonomi kedua terbear di Asia Tenggara itu melancarkan beberapa siri dasar promosi pelancongan termasuk pengecualian visa kekal untuk China.

Malaysia yang menjadi juara pelancongan serantau tahun lalu, kini menduduki tempat kedua dengan rekod 5.8 juta pelancong yang meningkat 32 peratus dari tahun ke tahun, berdasarkan data daripada Kementerian Pelancongan. 

Vietnam berada di tempat ketiga di rantau ini dengan 4.6 juta, meningkat 72 peratus dari tahun ke tahun, diikuti Singapura dengan 4.35 juta yang menyaksikan peningkatan 50 peratus. .

Indonesia menduduki tempat kelima dengan tiga juta ketibaan pelancong asing pada suku pertama tahun ini.

Filipina merekodkan kehadiran 1.6 juta pelancong, melonjak sebanyak 21.3 peratus, manakala, Kemboja menarik kemasukan 1.58 juta pelancong antarabangsa dalam tempoh sama, dengan peningkatan 22.5 peratus.

Laos hanya menerima sejuta ketibaan pelancong asing. 

Negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan Malaysia berlumba-lumba untuk menarik pasaran pelancongan yang berpotensi seperti China, India dan Eropah dengan menawarkan pengecualian visa atau melanjutkan penginapan tanpa visa. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya