BANGKOK: Thailand menganjurkan acara The Celebration: Right to Love bermula 31 Mei hingga 4 Jun depan bagi meraikan pencapaian menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menghalalkan perkahwinan sejenis.
Siam Paragon merupakan destinasi global bagi pelancong antarabangsa bekerjasama dengan Bangkok Pride bagi penganjuran acara itu.
Eksekutif Pengurusan Acara Global Siam Paragon, Sopida Kitikomolsuk berkata, Siam Paragon ialah ‘destinasi global’ yang paling penting untuk rakyat Thailand dan pelawat dari seluruh dunia.
“Kami telah mendedikasikan diri kami untuk menyampaikan pengalaman yang sukar ditandingi dan tidak dapat dilupakan kepada pelawat.
“Parc Paragon telah menjadi mercu tanda ikonik negara dan menjadi tuan rumah kepada acara-acara besar yang terdiri daripada perayaan, festival utama dan acara antarabangsa serta konsert artis terkenal dunia,” katanya.
Mac lalu, Parlimen Thailand meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) perkahwinan sejenis, sekaligus membuka jalan bagi kerajaan itu menjadi negara Asia Tenggara pertama yang mengiktiraf kesaksamaan perkahwinan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ+).