KUALA LUMPUR: Thailand kembali mengikat kedudukan apabila regu kedua negara Haziq Hairul Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amir (apit kiri) dan Noraizat Nordin (apit kanan) tumpas 8-15, 5-15, sebentar tadi.
Trio Thailand Kritsanapong Nontakote (tekong), Wichan Temkort (apit kiri) dan, Pichet Pansan (apit kanan) menampilkan aksi terbaik mereka untuk kembali menghidupkan peluang skuad Gajah Perang.
Kedudukan 1-1 menyaksikan pemenang akan ditentukan dalam pertembungan regu ketiga dengan Malaysia mempertaruhkan Zuhri Zain (tekong), Aidil Aiman Azwawi (apit kiri) dan Baihakki Arippin (apit kanan).
Sementara Thailand mengharapkan Pornthep Tinbangbon (tekong), Marukin Phanmakon (apit kiri) dan Tanaphon Sapyen (apit kiri) untuk mencari mata kemenangan untuk menebus maruah mereka.
Malaysia kini dalam usaha mencari kemenangan hatrik di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila bergelar juara dunia dalam acara beregu dan regu pada Rabu lalu- UTUSAN