GAZA: Sebuah video tular dalam media sosial memaparkan seorang remaja lelaki Palestin dibelasah tentera Mesir di kawasan sempadan antara Mesir dan Gaza.
Menerusi rakaman video itu, mangsa dalam keadaan tidak berbaju dikelilingi hampir lima tentera Mesir yang lengkap memakai uniform rasmi serta bersenjata.
Tidak lama kemudian, seorang anggota tentera dilihat membelasah lelaki itu sehingga terjatuh ke tanah.
Terdapat laporan yang mendakwa setiap rakyat Palestin hanya dibenarkan memasuki Mesir dengan syarat membayar AS$5,000 hingga AS$10,000. -AGENSI