KAHERAH: Kereta kebal Israel dilaporkan bergerak masuk ke tengah-tengah Jabalia di utara Gaza, mendepani roket anti-kereta kebal dan bom mortar daripada kumpulan Hamas yang didakwa tertumpu di sana. DI selatan Gaza, tenteranya turut mengepung Rafah. Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengumumkan, lebih banyak tentera akan dikerahkan di Rafah, di mana beliau berkata beberapa terowong dimusnahkan. “Kami melemahkan Hamas,” katanya. Serangan Israel selama lebih tujuh bulan didorong oleh serangan rentas sempadan oleh Hamas. Sayap bersenjata Hamas dan sekutunya Jihad Islam dilaporkan dapat melawan tentera Israel di Gaza, menggunakan terowong berkubu kuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya