Tentera Arakan tawan ratusan junta tentera Myanmar

Tentera Arakan tawan ratusan junta tentera Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kumpulan bersenjata etnik Myanmar, tentera Arakan (AA) berjaya menawan ratusan junta tentera di wilayah barat, Rakhine.

Tentera Arakan adalah sayap tentera yang terlatih bagi etnik minoriti Rakhine yang melakukan serangan terhadap pos-pos tentera di negeri barat Myanmar.  

Pertempuran menggegarkan Rakhine sejak AA menyerang pasukan keselamatan November lalu, menamatkan gencatan senjata sejak rampasan kuasa junta pada 2021.

Pihak tentera masih menguasai ibu negeri Sittwe, namun pejuang AA merampas wilayah di daerah sekitar, termasuk pangkalan di sempadan India dan Bangladesh. 

Video yang dikeluarkan oleh saluran media AA memaklumkan kumpulan itu menangkap Komando Operasi tentera 15 (MOC 15), berhampiran bandar Buthidaung, sekitar 90 kilometer utara Sittwe. 

Media tempatan melaporkan pertempuran kerap berlaku di sekitar Buthidaung sejak beberapa hari kebelakangan ini. 

“Selepas serangan terakhir, tentera junta menghadapi kekalahan total dan menyerah diri,” katanya. 

Rakaman gambar menunjukkan lelaki berbaris panjang, ada yang memakai seragam tentera serta berjalan bersendirian di kawasan padang. 

Ada juga berseluar pendek, memakai kemeja dan sandal, serta tidak memakai sebarang alas kaki. 

AA adalah antara beberapa kumpulan etnik minoriti bersenjata di wilayah sempadan Myanmar, yang kebanyakan berperang dengan tentera sejak zaman kemerdekaan dari Britain pada 1948 kerana kuasa autonomi dan kawalan sumber yang memberi keuntungan. 

AA mendakwa pihaknya memperjuangkan lebih banyak autonomi bagi penduduk etnik Rakhine di negeri itu. 

Pada 2019, pertempuran antara AA dan tentera menggemparkan wilayah itu sehingga menyebabkan 200,000 kehilangan tempat tinggal. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya