Tentera Arakan dakwa berjaya kuasai barat Rakhine

Tentera Arakan dakwa berjaya kuasai barat Rakhine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Sebuah kumpulan bersenjata etnik minoriti mendakwa pejuangnya berjaya menguasai sebuah bandar di barat Rakhine yang bakal menjadi tamparan hebat buat tentera junta Myanmar.  

Pertempuran menggegarkan Rakhine sejak Tentera Arakan (AA) menyerang pasukan keselamatan November lalu, menamatkan gencatan senjata yang sebahagian besar diadakan sejak rampasan kuasa oleh tentra pada 2021. 

Pejuang AA merampas wilayah termasuk di sepanjang sempadan India dan Bangladesh, meningkatkan tekanan terhadap junta ketika ia bertempur dengan pihak lawan di tempat lain di seluruh negara Asia Tenggara. 

“Kami merampas semua pangkalan tentera Myanmar di Buthidaung, di negeri utara Rakhine,” kata AA menerusi saluran Telegram. 

Pihaknya turut merampas ‘ibu pejabat strategik tentera’ tanpa memberikan butiran lanjut. 

Pasukan pejuang dilaporkan masih bertempur dengan junta tentera di kawasan luar bandar. 

Buthidagung terletak dalam jarak 90 kilometer di utara ibu negeri Sittwe, yang masih dikuasai oleh tentera. 

Awal bulan ini, tentera AA berkata, pihaknya menahan ratusan anggota junta berikutan serangan berhampiran Buthidaung. 

Isyarat komunikasi di Rakhine mengalami masalah dengan kebanyakan rangkaian mudah alih terputus. 

Bulan lalu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, pertempuran merebak ke 15 dari 17 bandar di negeri Rakhine. 

Ratusan orang terbunuh dan cedera serta lebih 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal akibat konflik itu. 

Pertempuran antara pihak AA dan junta tentera pada 2019 menggemparkan wilayah itu, sehingga menyebabkan 200,000 kehilangan tempat tinggal. 

Tentera Arakan adalah sayap tentera yang terlatih bagi etnik minoriti Rakhine yang melakukan serangan terhadap pos-pos tentera di negeri barat Myanmar. 

Tentera AA mendakwa memperjuangkan lebih banyak autonomi bagi penduduk etnik Rakhine di negeri itu. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya