PETALING JAYA: Penyanyi, Yuka Kharisma menolak dakwaan yang kononnya dia menimbulkan masalah ketika menganjurkan konsert seorang artis Indonesia, tahun lalu. Kata Yuka, spekulasi yang ditimbulkan sama sekali tidak berasas dan perlu dihentikan daripada terus diperkatakan. “Kalau benar, kenapa polis tak cari saya? Tuduhan ini tidak berasas. “Sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan artis Indonesia untuk menganjurkan konsert mereka. Itu menandakan dakwaan yang dilemparkan tidak benar. “Orang boleh menilai, kalau saya bersalah, pasti saya dikenakan tindakan,” katanya. Yuka menjawab berhubung spekulasi kononnnya pihaknya menimbulkan masalah ketika menganjurkan konsert Romantic Night, Judika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya