Tak tahu dan tak ambil tahu - Ummi Nazeera - Utusan Malaysia

Tak tahu dan tak ambil tahu – Ummi Nazeera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENTAH bagaimana, tiba-tiba nama pelakon, Ummi Nazeera menjadi bualan ketika kontroversi melibatkan Aliff Aziz rancak diperkatakan. Semuanya gara-gara drama lakonan mereka, Dia Dari Syurga yang ketika itu sedang ditayangkan.

Mengenali Alif hanya di set penggambaran, perangkul pelbagai trofi pelakon terbaik ini tidak pernah membawa hubungan berkawan itu di luar set penggambaran. Dia tahu ada batas dan syarat yang perlu dipatuhi.

Sementelah, dia juga tidak mahu terlibat dengan sebarang cerita sensasi yang akhirnya membawa mudarat kepada nama baik dia dan keluarga.

Adakah ini bermakna, Ummi tidak mahu lagi berlakon dengan Aliff? Adakah dia ada senarai pelakon yang dia selesa bekerja? Ummi, sila jawab.

Alang-alang sudah berjumpa ini, kongsilah perkembangan seni baharu? Ada projek-projek filem atau drama untuk tahu ini. Terutama selepas kejayaan Rindu Kasih 2 yang tular kan.

Buat masa ini, memang saya tiada penggambaran untuk drama atau filem. Selalunya saya untuk enam bulan pertama memang banyak berehat dan tidak ambil sebarang penggambaran mana-mana naskhah.

Selepas Jun nanti, baru saya akan masuk set balik. Ada drama dan filem yang sudah menunggu. Saya memang seorang yang kalau berehat itu lama, sampai setengah tahun. Dari dulu lagi.

Sebelum ini Ummi pernah berlakon bersama Alif Aziz kan? Ketika drama tersebut ditayangkan, kontroversi melibatkan aktor itu cukup panas diperkatakan. Bagaimana bekerja dengan Alif sebenarnya?

Saya ini memang jenis tak tahu dan tak ambil tahu. Semasa penggambaran, semua okay. Apa pun terjadi, itu adalah hal peribadi dia. Saya bukan kawan dia, kami hanya bekerja di bawah satu projek sahaja.

Sebagai pelakon gandingan bersama, dia memang tidak ada masalah pun. Saya sudah lama berlakon, memang ada pelakon yang memerlukan keserasian sehingga luar set. Tetapi saya ada syarat dan prinsip sendirilah.

Saya letakkan syarat tiada bersentuhan. Sebenarnya kalau diperhatikan, hero gandingan saya sama sahaja terutama selepas hijab. Sebab sudah selesa. Alif Satar, Izzue Islam semua letak syarat sama dengan saya.

Sebenarnya, bila dapat tahu hero drama tersebut adalah Alif Aziz, apa reaksi Ummi?

Saya difahamkan hero untuk drama itu pelakon lain, tetapi ditukarkan ke Alif. Saya risau sebab syarat berlakon kami berbeza. Dia ada tanya, minta bantuan pasal lakonan. Sebab saya ketika itu pun baru memang anugerah.

Bukan dia sahajalah, ketika di set penggambaran ramai pelakon terutama pendatang baharu pun bertanyakan soalan sama kepada saya. Tiada masalah kalau pasal lakonan, saya pun suka berkongsi.

Tetapi setakat itu sahajalah, tidak berterusan. Tak pernah over the limit. Saya tiada masalah berkawan dengan sesiapa sahaja. Tapi setakat di set penggambaran sahaja, luar set masing-masing ada hal sendiri kan.

Apabila nama Alif terpalit kontroversi seperti itu, bagaimana Ummi melihat situasi tersebut? Terutama ketika drama kalian sedang ditayangkan?

Saya tak ada komen untuk itu. Apa yang berlaku melibatkan ramai orang. Semua tidak pernah buat salah dengan saya. Jadi kita doa yang terbaik untuk mereka. Saya pun tak pernah hubungi Alif di luar set.

Kalau boleh saya nak elak. Ada sahaja tawaran yang mahu menggandingkan saya dan Alif, tetapi saya tolak. Bukan sebab dia ada buat salah ke, saya nak elakkan perkara yang mungkin mengguris hati sesiapa.

Ummi memang memilih siapa hero gandingan?

Ya, semestinya. Sejujurnya memang saya ada senarai pelakon yang saya senang bekerjasama. Tidak kira sebagai hero ke, adik ke memang saya ada senarai pelakon yang tahu ‘bermain’ lontaran emosi sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya