BEIJING: Tentera Taiwan terus menggerakkan pasukannya dan yakin dapat melindungi pulau itu selepas China memulakan latihan ‘hukuman’ selama dua hari di sekitar perairan Taiwan sebagai tindak balas kepada tindakan pemisah. Latihan China di Selat Taiwan dan sekitar pulau yang dikuasai Taiwan yang terletak di sebelah pantai China dilakukan hanya tiga hari selepas Lai Ching-te memegang jawatan sebagai presiden baharu Taiwan. Ching-te dibenci China kerana dianggap sebagai pemisah. China yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri mengecam ucapan perasmian Ching-te Isnin lalu di mana beliau menyeru China untuk menghentikan ancamannya. Kemudiannya, Menteri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya