Sunak mahu potong cukai bagi pesara - Utusan Malaysia

Sunak mahu potong cukai bagi pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mencadangkan pemotongan cukai bagi berjuta-juta pesara menerusi siri kempen yang mahu memenangi hati pengundi warga emas menjelang Pilihan Raya, Julai depan. 

Sunak yang mewakili Parti Tory berkata, beliau akan memperkenalkan elaun berkaitan umur baharu dan memberikan potongan cukai sekitar 100 pound (RM599) bagi setiap lapan juta pesara pada 2025, meningkat hampir 300 pound (RM1,798) setahun menjelang sesi akhir Parlimen akan datang. 

“Tindakan berani ini menunjukkan kami berpihak kepada pesara. Sedangkan, Parti Buruh mengheret semua penerima pencen penuh ke dalam cukai pendapatan buat kali pertama dalam sejarah,” katanya lapor Reuters. 

Sehingga Februari tahun lalu, bilangan golongan pencen di Britain meningkat 140,000 orang bersamaan 12.6 juta. 

Pilihan Raya akan datang dijangka melibatkan hampir 50 juta pengundi yang layak. 

Tinjauan pendapat mendapati pilihan raya itu besar kemungkinan akan menyebabkan berakhirnya pemerintahan parti konservatif yang memerintah negara selama 14 tahun.

Parti Konservatif menegaskan komitmennya terhadap dasar ‘kunci tiga lapis’ yang mahu memastikan pencen meningkat mengikut tahap pendapatan, inflasi atau 2.5 peratus yang mana-mana lebih tinggi. 

Parti Buruh juga berjanji untuk mengekalkan dasar ini yang diperkenalkan oleh kerajaan Konservatif pada 2011 untuk mengelakkan pesara ditimpa kemiskinan. 

Bagaimanapun, kos yang berkaitan dasar ini menjadi tumpuan lebih besar apabila inflasi semakin meningkat di Britain, yang menyebabkan peningkatan tambahan sebanyak 11 bilion pound (RM65 bilion) dalam perbelanjaan kerajaan untuk pencen tahun lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya