Suhu terlalu panas ancam populasi lebah - Utusan Malaysia

Suhu terlalu panas ancam populasi lebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ONTARIO: Suhu yang terlalu panas boleh mengancam lebah yang berperanan sebagai pendebunga tumbuhan dan menjadi pembekal makanan untuk manusia dan haiwan lain. 

Dapatan itu diperoleh hasil penyelidikan baharu menerusi jurnal saintifik, Frontiers dari Universiti Guelph, Kanada yang merekodkan peningkatan haba melambung naik sehingga melepasi suhu optimum untuk lebah dari 31 hingga 35 darjah Celcius.   

Pakar Alam Sekitar, Prof. Guelph Peter Kevan berkata, walaupun lebah mempunyai keupayaan mengawal suhu di dalam sarang mereka, ia hanya boleh berfungsi untuk sementara waktu.  

“Penurunan populasi dan julat beberapa spesis lebah mungkin disebabkan oleh isu suhu terlalu panas terhadap sarang dan induk.  

“Kekangan terhadap kemandirian anak lebah menunjukkan kepanasan mungkin merupakan faktor utama dengan pemanasan sarang melebihi 35 darjah Celcius boleh membawa maut, walaupun ia mempunyai kapasiti luar biasa untuk mengawal suhu,” katanya.   

Menurut Kevan, suhu terlalu tinggi sebenarnya lebih berbahaya kepada kebanyakan haiwan dan tumbuhan berbanding suhu sejuk. 

“Apabila keadaan sejuk, organisma yang tidak mengawal secara metabolik suhu badan mereka hanya perlahan tetapi apabila suhu menjadi terlalu tinggi, proses metabolik mula rosak dan terhenti. Kematian juga akan berlaku dengan cepat,” katanya. 

Kevan berkata, racun perosak, kehilangan tempat tinggal dan penyakit juga menyumbang kepada pengurangan populasi serangga itu. 

Terdapat 250 spesis lebah berbeza di dunia dengan 49 daripadanya boleh ditemukan di Amerika Syarikat. 

Sejak beberapa dekad lalu, suhu di seluruh dunia menyaksikan peningkatan dengan tahun 2023 adalah suhu paling panas pernah direkodkan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya