KANGAR: Suasana suram dan sunyi sepi waktu malam di pekan lama Kangar bertukar meriah apabila lebih 400 basikal mengelilingi bandar kira-kira 1.2 kilometer bersempena Kayuhan Nostalgia Kangar di sini, semalam. Aktiviti julung kali diadakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis dan Persatuan Berbasikal Perlis itu juga bersempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis ke-81. Upacara pelepasan bermula di Kangar Street Art bermula pukul 9 malam, disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Pengerusi Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, aktiviti kayuhan berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya