Speed Tigers elak ambil mudah cabaran Kanada

Speed Tigers elak ambil mudah cabaran Kanada

PENYERANG skuad hoki negara, Shello Silverius bersedia meneruskan momentum menjaringkan gol apabila turun menentang Kanada di Stadium Azlan Shah, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Speedy Tigers tidak akan sesekali mengambil mudah cabaran Kanada pada aksi kedua Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-30 di Stadium Azlan Shah pada pukul 8.30 malam ini.

Perkara itu ditegaskan ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh berkata kebangkitan pasukan yang tewas teruk akan lebih menyukarkan pasukan.

Ia selepas New Zealand membelasah Kanada 7-1 ketika skuad hoki negara pula mempersia-siakan peluang untuk mencatat kemenangan apabila tewas 4-5 di tangan Pakistan pada perlawanan pertama kejohanan berkenaan.

“Fakta yang perlu diingat apabila pasukan itu tewas 7-1 pada perlawanan pertama, tidak mungkin mereka akan kalah lebih besar pada aksi seterusnya.

“Jadi kita kena berhati-hati dengan kebangkitan Kanada dan dalam masa sama semestinya kita mahukan kemenangan selepas tewas kepada Pakistan.

“Berapa jumlah gol bukan keutamaan yang penting pemain-pemain memberi aksi terbaik dan menikmati permainan…paling penting tidak melakukan kesilapan sama ketika menentang Pakistan(semalam),” kata Sarjit pada sidang media selepas perlawanan menentang Pakistan, semalam.

Tambah Sarjit, barisan kejurulatihan telah merencana strategi terbaik apabila turun menentang Kanada dan perkara paling penting untuk para pemain adalah meminimum kesilapan, selain memanfaatkan setiap peluang diperolehi sebaik mungkin dalam bentuk jaringan.

“Kita kena elak melakukan banyak kesilapan dan peluang yang ada perlu disudahkan sebaik mungkin,”ujarnya.

Selain aksi Malaysia berdepan Kanada, dua lagi aksi PSAS 2024 hari ini melibatkan New Zealand menentang Jepun pada pukul 4 petang manakala Korea Selatan melawan Pakistan (6.15 petang) di venue yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya