Soon Huat-Shevon berbulan madu di final Malaysia Masters

Soon Huat-Shevon ‘berbulan madu’ di final Malaysia Masters

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie berharap mampu melangkah lebih jauh di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Demi negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai sanggup berbulan madu di Axiata Arena, Bukit Jalil selepas pasangan pengantin baharu itu mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters, hari ini.

Beregu campuran No. 18 dunia itu mengejutkan gandingan No. 9 dunia yang juga pilihan pertama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pada separuh akhir menerusi kemenangan straight set 21-11, 21-19, semalam.

Kekalahan Tang Jie-Ee Wei di tangan beregu senior Malaysia itu bukanlah kali pertama kerana pada Terbuka Switzerland, baru-baru ini mereka turut kecundang di tangan Soon Huat-Shevon.

Bagi pasangan suami isteri itu pula, kejayaan menjejakkan ke ke perlawanan akhir merupakan detik manis buat mereka berdua, dan Shevon meluahkan hasratnya merangkul gelaran sulung pada Malaysia Malaysia untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan.

“Selepas majlis perkahwinan kami tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Thailand, minggu lalu, jadi, kali ini kami bermain di tanah air sendiri, kami mahukan gelaran sebagai hadiah yang cukup indah buat kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai bulan madu di Axiata Arena, pemain berusia 31 tahun itu tidak menolak meraikan sambutan tersebut dengan para peminat.

Malah, Shevon berkata, ini juga merupakan kejayaan pertama mereka mara ke final di laman sendiri sejak 2016 dan menjulang gelaran di Axiata Arena menjadi hadiah yang paling sempurna buat peminat.

Pada perlawanan akhir, Soon Huat-Shevon bakal berdepan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari selepas pilihan ketiga dari Indonesia itu menyingkirkan pilihan kedua, Mathias Christansen-Alexandra Boje dari Denmark 26-24, 14-21, 21-18 dalam satu lagi separuh akhir.

Mengulas mengenai pertembungan itu, Shevon memberitahu, walaupun rekod pertemuan berpihak kepada dia dan Soon Huat 5-1, tetapi, semua kemenangan tersebut sudah berlalu.

“Esok (hari ini) kita bermula semula, keputusan lepas sudah berlalu, kami kena bersedia untuk final dan paling penting kami perlu jaga keadaan fizikal kami agar tiada kecederaan dan berjuang untuk negara,” tegasnya.

Ketika ditanya mengenai Tang Jie-Ee Wei yang tidak dapat mengawal emosi selepas mendakwa bulu tangkis terkeluar daripada gelanggang ketika dihujung saingan, Soon Huat pula berkata, di gelanggang 2 memang tiada ‘challenge system’ dan amat penting untuk mengawal emosi agar tidak mengganggu keseluruhan permainan.

“Kami pun berharap ‘challenge system’ dapat diadakan di semua gelanggang, tetapi, kita sejak awal sudah periksa jadual dan kami memang kena main di gelanggang 2, jadi, kami sudah tahu tak ada ‘challenge’, sebab itu, penting untuk kawal mental kita,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya