Skuad negara tamatkan kempen Piala Asia sebagai naib juara

Skuad negara tamatkan kempen Piala Asia sebagai naib juara

PEMAIN Hoki dalam dewan negara cuba melepasi kawalan pertahanan Iran dalam aksi final Piala Asia 2024 di di Taldykorgan, Kazakhstan.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Impian skuad kebangsaan mempertahankan kejuaraan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2024 lebur selepas tewas di tangan Iran 1-7 di Kazakhstan, sebentar tadi.

Iran yang menjadi pasukan yang mendominasi Piala Asia sejak 2008 itu membuka jaringan seawal minit kedua permainan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Amirmahdi Mirzakhani.

Iran kemudian menggandakan jaringan menerusi gol padang oleh Payam Lashgari pada minit keempat disusuli ledakan Hamid Nooranian selepas enam minit permainan.

Enggan memberi muka, Iran terus meledak gol menerusi Sajjad Mamizadeh pada minit ke-10 dan Amirmahdi sekali lagi menjaringkan gol selepas 23 minit berlangsungnya permainan.

Payam kemudian meneruskan rentak kecemerlangan pasukan menerusi jaringan gol padang pada minit ke-23 dan Hamid menutup permainan dengan jaringan ketujuh buat Iran pada minit ke-36.

Gol sagu hati Malaysia berjaya dijaringkan oleh Muhammad Firdaus Omar menerusi jaringan padang pada minit ke-30.

SKUAD Hoki dalam dewan negara bergambar bersama pingat selepas menamatkan kempen Piala Asia 2024 di tempat kedua.

Walaupun gagal merangkul kejuaraan Piala Asia 2024, skuad hoki dalam dewan negara tetap pulang dengan bangga selepas menempah slot ke Piala Dunia 2025 susulan menjadi pasukan kedua terbaik.

Setakat ini selain Croatia selaku tuan rumah, enam pasukan dari benua Eropah dan Benua Amerika berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali bermula 2003.

Enam pasukan yang menempah tiket ke kejuaraan dunia itu merupakan Austria, Jerman, Poland dan Belgium manakala pasukan benua Amerika di wakili oleh Argentina serta Trindad and Tobago.

Hanya berbaki tiga slot kosong yang bakal direbut oleh pasukan benua Afrika sebanyak dua slot manakala Ocenia hanya satu pasukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya