BAITULMUQADDIS: Serangan udara Israel mencetuskan kebakaran yang mengorbankan 45 orang dalam kem khemah di bandar Rafah di Gaza. Menurut pegawai, kejadian ngeri itu menyebabkan bantahan daripada pemimpin global yang menggesa pelaksanaan perintah untuk menghentikan serangan Israel. Tentera Israel yang cuba menghapuskan Hamas di Gaza, berkata, mereka sedang menyiasat laporan bahawa berlaku serangan yang dilakukannya terhadap komander kumpulan itu di Rafah sehingga menyebabkan kebakaran. Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, serangan itu tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian orang awam. “Di Rafah, kami sudah memindahkan kira-kira sejuta penduduk bukan pejuang dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya