MADRID: Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi akan mengiktiraf negara Palestin hari ini, walaupun wujud reaksi amarah daripada Israel yang mendapati semakin terpencil selepas tujuh bulan konflik di Gaza. Kira-kira 144 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebuah negara Palestin, termasuk sebahagian besar selatan global, Russia, China dan India. Madrid, Dublin dan Oslo membuat keputusan mereka sebagai satu cara untuk mempercepatkan usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dalam perang Israel dengan Hamas di Gaza. Walaupun pengisytiharan oleh tiga negara itu kebanyakannya simbolik, mereka berharap ia akan mengumpulkan momentum, mendorong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya