CORAK bunga-bungaan tidak luput dek zaman dan sering menjadi pilihan para peminat fesyen di seluruh dunia. Penampilan si pemakai tampak lebih segar dan menawan apabila menggayakan blaus, jaket, dress, skirt, beg tangan mahupun tudung floral. Inspirasi floral itu turut disuntik dalam terbaharu keluaran tudung berjenama Doa Az, Flover. Pegawai pemasarannya, Siti Fathimah Roseni berkata, ilham itu tercetus kerana corak bunga-bungaan lebih dekat di hati kaum hawa. Paling penting, corak itu bersifat malar segar dan boleh digunakan sampai bila-bila tanpa perlu bimbang tentang fesyen bermusim. Sebanyak 20 rekaan berbeza ditampilkan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya