NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang mahu Kerajaan Persekutuan mengambil langkah proaktif memperbaharui silibus mata pelajaran yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa kini. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, titah baginda adalah sejajar dengan usaha yang sedang dilaksanakan kementerian bagi memperkasakan sektor pendidikan negara. “Ketika ini, sebanyak enam pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi menambah baik sistem prasekolah, intervensi kurikulum, memperkukuhkan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pendidikan digital, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pengukuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya