TRAT: Hidupan akuatik daripada terumbu karang hingga ikan di pantai teluk timur Thailand menderita apabila suhu permukaan laut mencecah paras tertinggi bulan ini di tengah-tengah gelombang panas serantau. Bahkan, hal ini membimbangkan saintis dan masyarakat tempatan. Batu karang yang dahulunya segar dan berwarna-warni, kira-kira lima meter di bawah air bertukar menjadi putih dalam fenomena yang dikenali sebagai pelunturan karang. Menurut saintis, ini menunjukkan tanda kesegaran semakin merosot disebabkan suhu air yang lebih tinggi. Berdasarkan data, suhu permukaan laut di teluk timur Thailand mencecah 32.73°C awal bulan ini manakala bacaan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya