Rakyat Thailand ‘serang’ saya jika kalah- Seksan

Rakyat Thailand ‘serang’ saya jika kalah- Seksan

KAPTEN Beregu Thailand, Seksan Tubthong (kanan) memerhati rakan sepasukannya, Tanaphon Sapyen menyepak bola ke gelanggang lawan pada aksi Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten skuad beregu Thailand, Seksan Tubthong mengakui beliau akan melakukan apa sahaja di dalam gelanggang untuk memastikan skuad Gajah Perang pulang dengan gelaran juara.

Seksan yang beraksi bersama Kittiphum Sareebut dalam acara itu berkata, turun selaku pasukan pilihan sememangnya memberi tekanan kepada Thailand, namun ia tidak menjadi satu beban besar kepadanya.

“Jika saya kalah, saya percaya rakyat Thailand akan serang saya…Mereka akan mengkritik saya dan mengatakan bahawa Seksan tidak baik dan sebagainya. Jadi, saya akan buat yang terbaik untuk Thailand.

“Bagaimanapun, saya percaya usaha untuk bergelar juara bukannya mudah,” kata Seksan,38, yang merupakan antara pemain paling senior dalam skuad Thailand di Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Kehadiran Seksan bersama skuad kebangsaan Thailand sedikit menggugat skuad Malaysia kerana beliau sebelum ini dilantik oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebagai perunding untuk acara ‘double’ Malaysia.

Dengan keberadaan Seksan dalam pasukan Thailand yang dijangka berdepan Malaysia di pentas final bagi acara itu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada skuad negara yang diwakili Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin.

Kelmarin, Seksan dan Kittiphum tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Singapura dalam perlawanan pertama biarpun diberikan tentangan pada lewat set kedua sebelum menang 15-12, 17-15.

Mengulas mengenai pertembungan itu, Seksan mengakui beliau agak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan gelanggang Stadium Titiwangsa yang disifatkannya terlalu tinggi sehingga menjejaskannya untuk membuat umpanan menarik.

“Stadium tempat kami berlatih tidak mempunyai siling setinggi itu tetapi siling di stadium ini (Stadium Titiwangsa) sangat tinggi, yang membuatkan saya berdepan sedikit masalah. Jadi saya perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri,” katanya.

Untuk rekod, pada November lalu, Seksan yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Muhammad Shahalril Aiman Halim ketika itu muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya