RAFAH: Tentera Israel melakukan serangan udara di Rafah, beberapa jam selepas Israel memberitahu penduduk Palestin supaya mengosongkan bahagian selatan Gaza di mana lebih sejuta orang berlindung. Malah, kebimbangan semakin meningkat mengenai serangan besar-besaran di Rafah yang sudah lama diancam oleh Israel terhadap penahanan kumpulan Hamas ketika rundingan gencatan senjata diadakan di Kaherah, Mesir. Pegawai Hamas, Izzat al-Rashiq dalam satu kenyataan berkata, sebarang operasi Israel di Rafah akan membahayakan rundingan gencatan senjata. Tiada komen segera daripada Israel dan TV Al-Aqsa yang bersekutu Hamas berkata, Israel menyasarkan kawasan di timur Rafah berhampiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya