PSAS: Pakistan masih kebal

PSAS: Pakistan masih kebal

PEMAIN Pakistan Zikriya Hayat diasak oleh pemain Kanada di kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Azlan Shah di sini, hari ini.-UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakistan masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 di Ipoh, selepas melakar kemenangan 5-4 ke atas Kanada pada aksi keempat kejohanan itu.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Azlan Shah sebentar tadi, Kanada terlebih dahulu mengejutkan juara tiga kali PSAS itu menerusi gol padang pada minit kelima oleh Sean Davis.

Kanada menggandakan jaringan hasil gol padang Harbir Sidhu pada minit ke-17 namun Pakistan bangkit dengan dua gol menerusi ledakan Abu Mahmood yang menyempurnakan dua pukulan sudut penalti masing-masing di minit ke-28 serta m-29 bagi mengakhiri babak pertama 2-2.

Memasuki suku ketiga, Pakistan buat kali pertama mendahului permainan menerusi gol padang diledak oleh Arshad Liaqat pada minit ke-36.

Skuad kendalian Roelant Oltmans terus merobek gawang Kanada menerusi gol padang oleh Ashraf Waheed Rana pada minit ke-44, disusuli ledakan Ghazanfar Ali yang melakukan tolakan deras dalam kotak penalti lawan untuk gol kelima Pakistan di minit ke-45.

Namun 10 saat kemudian penyerang Kanada, Sean Davis merapatkan kedudukan menerusi gol padang tetapi ia belum cukup untuk menyekat kemenangan ketiga Pakistan di kejohanan berkenaan.

Bagi Oltmans, berkata pujian harus diberikan kepada pemain-pemain Kanada kerana memberi tentangan cukup sengit kepada pasukannya.

“Mereka(Kanada) bermain dengan sangat baik dan memberi kesukaran kepada kami hari ini. Tetapi kami sekali lagi bangkit daripada ketinggalan gol dan meraih tiga mata.

“Tekanan masih dirasai oleh kami kerana gagal menyempurnakan banyak peluang dalam bentuk jaringan. Kami meraih 11 pukulan sudut penalti tetapi hanya mampu menjaringkan dua gol.

“Kami perlu melihat masalah ini dan memperbaikinya pada perlawanan akan datang,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Pakistan memulakan kempen PSAS dengan kemenangan 5-4 ke atas Malaysia, menewaskan Korea Selatan 4-0 namun seri 1-1 dengan Jepun sebelum kembali dilandasan kemenangan menjinakkan Kanada 5-4.

Sementara itu, Kanada menjadi pasukan terbanyak dibolosi selepas empat perlawanan di PSAS, dengan merekodkan 18 gol iaitu bermula kekalahan besar 1-7 kepada New Zealand, tewas 2-6 ditangan Malaysia, tunduk 0-1 kepada Korea Selatan dan terbaharu kalah 4-5 dengan Pakistan.

Untuk rekod, menerusi 14 pertemuan sebelum ini, 10 kemenangan memihak kepada Pakistan dan tiga untuk Kanada manakala satu lagi berakhir dengan seri, sejak Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya